Kematian Yang Diangkat
14 Ramadan 1440 Bismillahirrahmanirrahim Ramadan kali ini benar-benar terasa seperti dijentik oleh Allah dengan perkhabaran kematian orang-orang yang hebat . Kematian yang membuka mataku dengan kebaikan-kebaikan hambaNya. Jika selama ini kita memandang mereka ‘biasa-biasa’ sahaja namun dengan pemergian mereka Allah mengangkat darjat mereka dengan segala kebaikan dan kemurahan hati mereka menjadi siulan dalam kalangan manusia yang lain. Allahuakbar! Sungguh hebat mendapat pengiktirafan daripadaMu. Ia benar-benar menjentik nurani ku kerana hakikat dunia hari ini kita mudah terpedaya dengan apa yang menjadi paparan media sosial. Betapa kurangnya sifat husnuzhon dalam diri kita terhadap orang lain dan betapa banyaknya kita bersangka-sangka yang buruk terhadap orang lain. Kita makin didiami penyakit ‘aku lebih baik darimu’ sehingga setiap perbuatannya kita nampak yang salah sahaja. Ya, kita perlu ada sifat berjaga-jaga tapi simpanlah segala andaian-andaian itu pa