Aku ingin hati-hati itu bersatu
Assalamualaikum wbt
Bismillahirrahmanirrahim...
Hari ini ingin aku nukilkan sebuah impian dan pengharapan
Impian yang aku pegang utuh dan yakin suatu hari nanti bakal nyata
Kerna janji Dia pasti berlaku
Kisah bermula di sebuah tadika
terlihat si anak kecil bermain bersama-sama
tiada resah di wajah mereka
masih suci dari noda dunia durjana
Makin hari anak kecil makin dewasa
mula memandang dunia
dahulu mereka bermain bersama
kini mereka saling sengketa
Sengkata yang pelik sehingga aku juga terpias
Bagaimana bisa sang suci berlawan sang murni
Aku aneh tapi aku juga turut serta
Ya, perlawanan yang aneh ini memang tidak mengorbankan nyawa
namun ia mampu mengorbankan jiwa-jiwa yang ingin berjuang
jiwa-jiwa yang ingin berjuang melawan kegelapan
Ya, aku tahu aku bukan siapa-siapa
suaraku ibarat seekor semut yang cuba meminta tolong daripada gajah
tidak didengari
Ya, aku hampa juga, cuba aku satukan namun gagal sia-sia
tapi aku tahu aku tidak patut berputus asa
Dahulunya sebelum jiwa-jiwa itu diketuk pintu gerakan kebersamaan
Ia utuh bersatu
Namun kini terpisah oleh beza
Aku sedih
Mahu tidak mahu aku terpaksa akui
Melihat mereka bekerja memang bahagia
kerana mereka mengejar dunia sana
dengar berita mulut itu ini
curi orang itu jadi orang dia
dan juga sebaliknya
mahu buat aktiviti juga sudah berbeza
aku caraku dan kamu caramu
dalam satu kampung yang dulunya harmoni
kini saling tarik muka
walau tiada yang cedera terlihat
tapi yang terlindung itu sudah cukup parah
Aku tahu ada yang pernah melalui luka
tapi sampai bila mahu ia dibiarkan berdarah, berkudis dan bernanah
basuhlah ia, bersihkanlah ia
sedangkan Tuhan sentiasa memaafkan walau berjuta dosa dihemburkan
tidak malukah kita pada Dia!
jadi pendendam sedangkan Dia sentiasa memaafkan
Tidak bolehkah kita berkerja bersama
Tidak sama tidak mengapa
kerna aku pohon bukan untuk kebersatuan
tapi sekadar kebersamaan
Sama-sama mengepung dunia dengan kebaikan
ukhwah terikat padu
hati juga rasa syahdu
satukan tali-tali yang berbeza warna
barulah pelangi akan terhasil
Jika ada jiwa yang sudah bersedia
buka laluan pilihan dan jangan memaksa
pergilah kepada cara yang tenang dalam jiwa
dan bersungguhlah bila bekerja
kerana sudah memilih yang berkenan tadi
mungkin nukilan ini sekadar tersisih
mungkin juga mindaku sudah lari dari akal
tapi biarlah aku mahu bermimpi
kerna realiti ini juga berasal daripada mimpi.
Cukuplah. Aku..manusia..sahaja
Wassalam

Comments
Post a Comment