Sayonara OZ
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Dalam dunia ni semua benda ada regunya (pasangannya)
Lelaki regunya perempuan
Suka regunya duka
Sempit regunya luas
Dan banyak lagi
Tiada yang tiada regu, cubalah cari kalau jumpa
Kerana hanya Satu yang tiada regu iaitu Allah yang Esa
Ini semua membuktikan kebesaran Allah SWT bahawa tiada yang kekal
abadi kecuali Dia
Begitu jugalah dengan kehidupan di Australia, yang mula pasti akan
berakhir dan pada 2 December 2012 merupakan hari terakhir aku memijak tanah
Sydney. Perasaan yang sukar digambarkan, sedih, sebak, bersyukur kini semuanya
bercampur baur. Pelbagai pengalaman hidup yang mematangkan dan mendewasakan.
Bumi ini walaupun bukanlah “Negara Islam” tetapi pengamalan dan penerapan Islam
memang dapat dilihat dan dirasa. Baru seminggu tetapi aku sudah mulai rindu
bumi ‘tarbiyah’ itu.
Mengenali makna tarbiyah
Aku menemui cahaya hidayahNya di bumi IPG lagi tetapi di Australia
barulah aku mengenal apa itu tarbiyah sebenarnya. Ia bukan sekadar mengikut
perintah Allah SWT tetapi mengikut perintahNya kerana cinta. Subhanallah!
Nikmat cinta itu amat besar sekali. Apabila mengikut perintahNya kerana
didasari cinta memang tiada terasa bebanan. Begitulah lumrah orang berkasih,
kerana sayangkan seseorang sanggup belikan dia apa sahaja supaya dia sentiasa
ingat kita, rindu kita, sayang kita dan jauh sekali meninggalkan kita. Mengikut
syariat Allah SWT kerana cinta juga begitu. Kita akan ‘mabuk cinta’.
Aku juga mulai belajar banyak perkara tentang kehidupan yang
sebenarnya memang related dengan Islam. Banyak! Memang semua benda dalam
kehidupan ni kena relate dengan Islam. Cara senyum, cara urus niaga, cara
berkawan, cara bercakap, cara berjalan, cara ketawa. Semua Islam dah ajar dan
walaupun benda ni macam benda-benda kecil tapi ia memberi impak yang besar
tambah-tambah lagi jika kita ini mengaku sebagai seorang da’ei. Ingat ye, Big
thing starts with small things! Walaupun ia kelihatan mudah di mata kasar tapi
untuk melaksanakan sesuatu itu amatlah payah. Sekarang barulah aku faham kenapa
perlu cari pasangan yang berfikrah Islam supaya anak sejak kecil lagi terdidik
dengan cara fikir Islam (aminn..).
Marjanul Jannah menjana
Biah Solehah
Antara tarbiyah terbesar yang saya rasa paling terkesan ialah cara
untuk sabar. Di sini, aku menghadapi pelbagai permasalahan terutamanya dengan
sahabat. Andai dahulu aku tidak kisah kerana aku tidak merasa keberadaan
sahabat itu penting tetapi sejak ‘terpaksa’ tinggal dengan mereka, belajar
dengan mereka, makna kata mereka adalah keluargaku di perantauan maka banyaklah
sifat-sifat yang baru menyerlah samada daripada aku atau mereka yang memang
banyak mencabar sabarku. Jujur, aku bukanlah orang yang sabar malah aku orang
yang reaktif, cepat bertindak balas dengan kelakuan, percakapan, gesture orang
sekeliling. Jadi, apabila ada sahaja masalah aku memang akan tunjuk reaksiku
dan reaksi yang paling kerap adalah ‘buat muka’ untuk mengeksprestasikan
ketidakpuasan hati.
Mungkin disebabkan itulah aku ditempatkan oleh Allah di Marjanul
Jannah dimana ahlinya terdiri daripada para du’at yang kental dan cukup sabar
apabila diuji dengan kata-kata. Untuk tinggal bersama mereka merupakan suatu
nikmat Allah SWT yang besar. Di Marjanul Jannah lah aku belajar untuk mengerti
makna Sabar, walaupun kadang-kadang aku tidak mampu menahan reaktif ini tetapi
Alhamdulillah aku belajar sedikit demi sedikit. Aku belajar untuk banyak
mendengar daripada berbicara, aku belajar untuk diam walaupun mulutku ingin
sahaja membalas kata kerana semuanya disebabkan tarbiyah yang telah dizahirkan
kepada tindakan.
Suasana biah solehah yang
kami sama-sama cuba usahakan memang sedikit sebanyak membantu aku menjadi lebih
dekat dengan Allah SWT. Kami cuba dan kami tidak sempurna, kami juga tidak
mampu untuk solat malam setiap malam, kami juga tidak mampu untuk berpuasa
sunat setiap isnin dan khamis, kami juga kadang-kadang tidak teratur urusannya.
Dan kami sedar ada yang bercakap tentang kami tetapi tidak pernah cuba menempis
tohmahan atau mungkin percakapan sinis terhadap kami kerana kami juga manusia yang
sedang berusaha.
Sungguh, mungkin ada lagikah Marjanul Jannah nanti?
Semoga cinta ini disemai kerana kita sama-sama cintakan agamaNya
Semoga seisi MJ bakal menjadi daie yang kental lagi hebat di persada
perjuangan Lillahi Taala. Doaku, semoga di Jannah nanti kita bisa bina lagi
Marjanul Jannah dan insyaAllah saat dan ketika itu pasti lebih bahagia dan
tenteram jiwa. Teruskan perjuangan! Sucikan niat!
OZ bumi tarbiyyah
Bagiku sendiri, Australia merupakan tempat yang memang baik untuk
menyemai fitrah Islamiyyah dalam diri. Rata-rata masyarakatnya yang terdidik
dengan nilai moral yang tinggi menjadikan suasananya aman, selamat dan
sejahtera. Inilah nilai-nilai Islam yang memang sudah sebati dalam diri rakyat
Australia kerana inilah namanya fitrah. Islam itu fitrah makna kata Islam itu
memang dicipta bersesuaian dengan jiwa setiap makhlukNya. Antaranya;-
·
Tidak kira bagaimana latar
belakang anda, pelik berpakaian sekalipun, nakal mana sekalipun, bertatu satu
badan pun, tetap bayar tambang pengangkutan awam.
·
Pasti akan mendahulukan orang
yang lebih tua atau kurang upaya
·
Saling bertolak ansur di
jalanraya
·
Menghormati pejalan kaki
·
Rata-rata rumah di sini tidak
mempunyai pagar dan tembok yang tinggi kerana jarangnya berlaku kes kecurian.
Kes kecurian dilihat seperti kes yang sangat serius dan tak patut berlaku.
·
Jarang barang berharga hilang
walaupun anda tertinggal ia di tempat yang menjadi tumpuan ramai spt di tandas,
atas bus, restoren. insyaAllah walaupun 30 minit anda tertinggal dan datang
balik di tempat tumpuan itu barang anda masih ada.
·
Tiada kes samun jalanan
·
Pengangkutan awam datang tepat
pada waktu dan ada jadual perjalanan harian untuk rujukan penumpang
·
Ni paling penting, tiada mat
rempit sebab motor pun memang jarang kelihatan.heheh
Sebenarnya terlalu banyak tetapi akan berjela lah post ini.
Australia sebuah negara maju bukan sahaja dari segi pembangunan malah dari segi
moral rakyatnya sendiri yang mempunyai mentaliti minda kelas pertama. Memang
rasa selamat apabila tinggal di OZ dan tidak hairanlah mengapa semakin ramai
orang di negara-negara membangun yang sanggup apply PR untuk tinggal di
Australia. Antara rakyat negara lain yang banyak kelihatan di Australia adalah
dari China, Indonesia, Thailand, Korea, Palestin, Turki, Lubnan dan tidak lupa
juga Malaysia sendiri. Kebanjiran orang asing yang berpindah ke Australia
menjadikan ia sebuah negara yang multiculture dan cukup warna warni.
Kesimpulan
Pengalaman hidup di bumi oz banyak mematangkan saya dan menjadikan
saya insan yang perlu sentiasa ingat bahawa ini semua nikmat Allah swt. Kalau
bukan kerana Dia, sudah tentu saya tidak akan dapat ke oz dan mendapat
pengalaman hidup yang cukup bermakna. Tarbiyah ini menjadikan saya lebih peka
terhadap permasalahan umat dan tugas berdakwah di bumi Malaysia masih banyak
perlu dilakukan. Masih ramai yang terkongkong dek pemikiran-pemikiran yang
liberal tanpa mengambil berat sisi Islam sedangkan Islamlah yang akan
menyelamatkan kita dari terus terkongkong dan terkebelakang.
Itu sahaja. Jujur aku merindui suasana damai ‘perkampungan
Macquarie’ =’)
Wallahu‘alam
Comments
Post a Comment