Zikir Alam
Bismillahirrahmanirrahim
Usai aku selesai menghabiskan satu lagi
helaian dari buku trilogi Aku Terima Nikahnya, aku jadi berfikir sejenak dan
bermonolog dalam hati, “patutlah kalau dengar bunyi ombak, air terjun tak rasa
sakit kepala sebab bising pun, tapi kalau dengar hon kereta dalam jam, memang
dengan otak aku jammed sekali”. SubhanaAllah indah sungguh cara Allah mencipta
alam ini, tak terlintas pun aku selama ni. Alam berzikir.
Ya, kita tahu akan hakikat bahawa alam ini
berzikir kepada Allah dengan cara mereka sendiri, firman Allah swt dalam Al-Israk
ayat 44;
“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian
makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada
sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya; akan tetapi kamu tidak faham
akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.”
Tetapi kita sering terlupa untuk menghayati
terjemahan ayat ini dan Ustaz Hasrizal membantu saya memahaminya dengan mudah.
Saya yakin dan pasti setiap orang daripada
kita pasti ada tempat semula jadi yang kita suka, ada suka tengok sunset, ada
suka duduk je tepi pantai dan tengok laut, ada suka jungle trekking walaupun
penat, ada suka tengok langit dan macam-macam lagilah. Betol tak? (Tolong jawab
betul ek) Di sini ada satu persamaan antara kita dan ini juga merupakan satu
connection antara kita semua. ASAL kita.
Sebelum kita dilahirkan ke alam dunia,
sebelum kita berada dalam alam Rahim lagi, kita sudah berada di alam roh dan di
alam roh itu kita berada sangat ‘dekat’ dengan Allah SWT bahkan kita berdialog
secara langsung dengan-Nya.
“Bukankah Aku Tuhan kamu?’
“Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi
saksi.” (Al-A’raaf 7:172)
Jadi, hakikat inilah yang menyebabkan kita
akan berasa tenang bila men-dekat-kan diri dengan Dia. Kita tenang bila
menyertai majlis ilmu, tenang bila kita zikrullah, tenang bila kita
solat(sebenar-benar solat) dan tenang bila kita dekat dengan nature. Sebab
hakikatnya roh kita memang ‘dekat’ dengan Allah sebelum kita dilahirkan ke
dunia lagi. Hakikat ini jugalah yang memainkan peranan penting dalam kembara
kita di bumi, jadi tidak pelik jika ramai orang Amerika yang hidup di Bandar
serba moden dan mewah sanggup meninggalkan semua kekayaannya semata-mata
hendakkan Islam. Tidak pelik juga jika artis yang dahulunya jahil, seksi,
glamour dan memperolehi banyak duit hasil nyanyian atau lakonannya sanggup
meninggalkan semua itu saat berada di puncak semata-mata untuk mendapatkan
hanya satu perasaan ‘tenang’ dan rata-rata mereka memilih Islam sebagai punca
ketenangan. Semuanya kerana kita tenang bila kembali ke tempat ASAL.
Analogi yang diulas oleh Ustaz Hasrizal
ialah ibarat pengembara, walau sejauh mana kita mengembara samada menyambung
pelajaran atau sekadar bercuti namun pasti akan pulang ke tanah air kerana
itulah ASAL kita. Ya, anda boleh gunakan analogi berbeza mengikut keselesaan
anda dalam melihat makna damai ini. Bagi saya pula, saya suka meng-analogi-kannya
sebagai ‘memgembara ke asal’ maknanya saya tidak suka kepada keadaan statik
atau hanya duduk di suatu tempat sahaja. Saya suka mengembara melihat alam,
meredah hutan, melihat padang rumput luas, mendaki gunung, semuanya membawa
maksud pulang ke asal. Makna asalnya tetap sama tetapi cara mengolah erti itu
sahaja yang berbeza. Saya suka kepada keindahan alam dan melihat alam
menggunakan pancaindera kurniaan Allah secara terus amat menjadikan saya rasa
tenang, bunyi hutan, burung berkicau, angin menghembus di celahan daun,
semuanya amat mendamaikan. Ini semua kerana ia semulajadi hasil seni ‘tangan’
Allah SWT sendiri. Saya ada cita-cita untuk mengembara bahkan sekarang sebelum
mendapat posting, ada dalam hati saya berharap saya dapat posting di Sabah (tapi tak tulis pun dalam borang posting) sebab saya bercita-cita untuk melihat sendiri biru air laut di Pulau Sipadan
dan mendaki Gunung Kinabalu untuk melihat hasil seni Allah dari puncaknya.
Dahulu saya sentiasa terfikir kenapa saya
suka sangat kepada alam semulajadi tetapi selepas membaca tulisan Ustaz
Hasrizal barulah saya nampak jelas kenyataan ini, kenyataan bahawa setiap
ciptaan Allah itu berzikir memuji penciptanya dan hasilnya sebuah KETENANGAN.
Tapi yang pasti cara melihat alam juga harus seiring dengan niat, biarlah
kerana Allah kerana selain mendapat ketenangan inshaAllah akan kita temui juga
hikmah sebuah penciptaan. Semoga dengan perasaan itu, kita menjadi hambaNya
yang lebih bersyukur dan mengejar redhaNya.
Wallahu'alam.
Ni kawan saya, dia memang suka sangat tengok sunset. Mungkin itu cara Allah bagi ketenangan kepadanya =) |
p/s: rindu nak travel ^_^
Comments
Post a Comment