Aku dan fesyen muslimah

Assalamualaikum w.b.t

...

" Ye...itu dia che' lah ikon muslimahhh!!"
Teriakan sahabat seusrahku membuahkan tawa di kala kami sedang usrah bersama naqibah tersayang yang kadangkala online dan kadangkala offline. Teriakan itu membawa tawa tapi bukanlah aku tidak boleh terima gurauan cuma kadang kala aku rasa aku bukanlah yang selayaknya menerima jolokan itu malah aku rasa gentar mendengar jolokan 'ikon fesyen muslimah'. Maafkan aku sahabatku sayang, bukan bermakna aku tak terhibur tapi... emm sukar untuk aku luahkan perasaan yang terbuku lama di hati ini.

Dahulu, aku pernah mempersoalkan kenapalah mereka-mereka (maaf atas kesalahan tatabahasa) yang bertudung labuh macam tak bergaya langsung. Macamana orang nak suka kepada Islam sebab mereka ini terlalu rigid dalam berpakaian. Mesti pakai tudung bulat dan baju kurung, bosan! Itulah aku ketika saat masih mengengsot mengenal Islam dan dakwah. Kini aku sudah (iAllah) mulai bertatih dan aku mula memahami nilai dan maksud dalam berhijab. Hijab itu tujuannya adalah untuk menjaga kehormatan atau dalam bahasa inggerisnya modesty. Modesty membawa kepada tiga maksud menurut Dictionary.com: 


1. The state or quality of being modest


2. Reserve or propriety in speech, dress or behviour


3. Lack of pretentiousness; simplicity

 Jadi di sini kita boleh lihat bahawa modesty merupakan positive connotation di mana mereka dipandang mulia dan dihormati kerana mereka yang menjaga kemuliaan lebih-lebih lagi yang mengikut syarak Islam menutup aurat semata-mata (solely) kerana mencari redha Allah SWT.
Sebab apa bila kita nak ber'fesyen' kita perlu utamakan 'mata' Allah daripada pandangan mata manusia? Ada beberapa reason yang kita boleh put into account seperti berikut;

Citarasa berbeza


Dalam keluarga, kita ada adik beradik dan setiap adik beradik ada makanan kegemaran berbeza. Persoalannya, haruskah si ibu menyediakan setiap makanan kegemaran anak-anaknya setiap kali memasak? Maka akan berlakulah pembaziran di pelbagai sudut seperti wang, masa dan tenaga kerana ingin memuaskan hati semua anak-anaknya.

Begitu juga dalam situasi berfesyen, kalaupun betul seorang daie itu mahu berfesyen kerana mahu menarik perhatian mad'u maka citarasa mad'u yang mana yang kita nak ikut? Mesti pening kan untuk memuaskan pandangan mata manusia? Kalau adik ni suka tengok akak berselendang maka belilah selendang si kakak ini. Jika adik suka tengok akak pakai shawl manik-manik maka belilah si kakak ini shawl manik-manik. Pada akhirnya apa yang berlaku? Pembaziran semata! Jadi, tiada gunanya kita cuba menjadi up-to-date dengan fesyen atas nama dakwah sebab fesyen akan sentiasa berubah-ubah dan menjadi hamba fesyen hanya membawa kepada pembaziran dan kelalaian.

Puaskan Dia sahaja. Kan senang!


Dakwah itu seni, ada pelbagai cara yang kita boleh guna dalam berdakwah dan seorang daie perlulah kreatif! Fesyen boleh menjadi caranya tapi jangan sampai memakan diri. Semuanya kita perlu kembali kepada Niat kita. Kenapa kita berdakwah? Kerana Allah kan? Saya tahu jawapan ini sangat mudah di jawab oleh sesiapa sahaja tapi macam ni sahajalah, saya bagi analogi. Contoh seorang wanita yang bersuami, pastinya dia mahu kelihatan cantik di hadapan suaminya, dia tidak peduli jika cara pemakaiannya bukanlah taste kebanyakan lelaki di luar sana sebab tujuan dia berpakaian adalah untuk memikat hati suami. Dia cintakan suaminya dan dia tahu suaminya juga cintakan dia, jadi kenapa perlu dia susah payah membeli pakaian untuk nampak cantik di hadapan lelaki lain sedangkan mereka hanya suka melihat sahaja dan mereka tidak perlu membayar apa-apa untuk melihat kecantikan wanita itu.

Begitu juga kita sebagai daie dengan Allah! Kita tak perlu nak puaskan hati manusia sebab kita dah ada Yang lebih Sayang kita berbanding semua manusia di muka bumi ini iaitu Tuhan kita, yang menciptakan kita maka dengan ini mudahlah kita nak berfesyen mengikut apa yang Allah suka. in sha Allah =)

Tetaplah Pendirian itulah mereka yang MERDEKA!


Dahulu, memang saya memandang mereka yang memakai tudung bulat ni seorang yang terlalu rigid dan tidak fleksibel tetapi lama kelamaan saya merasakan mereka yang tidak mengikut arus fesyen tanah air ni seorang yang sangat kuat pendirian dan menpunyai keyakinan yang tinggi. Kenapa? Sebab mereka yakin dengan 'fesyen' mengikut aliran Allah ini mereka boleh berdiri sebagai seorang yang merdeka. Mereka merdeka dari penjajahan 'fesyen' rekaan manusia, mereka bebas dari mencari definisi cantik dari pandangan manusia. Merekalah sebenarnya yang merdeka!

Sekarang, saya sangat respek kepada mereka yang berfesyen kerana Allah sebab sehingga ke hari ini, bila berbicara dengan mereka ini, mereka sangat yakin dengan penampilan diri dan tahu fokus dalam setiap penyampaian mereka. Dan mereka tahu pada akhirnya itulah yang akan manusia tertarik! Bukan selendang daie itu tapi ilmu di dalam kepala disebalik selendang itu.

SAYA


Bagi saya sendiri, saya dah serik cuba memperlihatkan fleksibiliti Islam dalam berpakaian kerana pada akhirnya saya jadi buntu, fesyen macamana lagi harus saya peragakan dan akhirnya niat yang asalnya untuk Islam menjadi untuk diri sendiri dan nafsu untuk memuaskan hati orang lain. Ya, saya pernah terperangkap dan saya lemas. Alhamdulillah bila banyak membaca dan berbual dengan orang yang lebih 'tua' pengalamannya dalam dakwah dan tarbiyyah maka akhirnya saya BEBAS! Cukuplah dengan satu pemakaian yang saya selesa serta berasa kemas dan bersih, itu pun sudah cukup untuk saya memainkan peranan sebagai duta Islam. Kerana pada akhirnya orang ingin melihat kepada apa yang ada di sebalik tudung kita dan bukan pada kehebatan kita membelit shawl/selendang.



p/s: saya suka kain tudung chiffon yang orang muslim australia pakai sebab ia selesa dan cantik >.<

Wassalam




Comments

Popular Posts