Merdeka dari dua penjajah

Assalamualaikum wbt

Beberapa hari yang lalu, sebelum kedatangan Ramadan, saya berusaha mempersiapkan diri dengan membaca buku yang berkaitan dengan bulan Ramadan. Buku yang berjudul 'Transformasi Ramadan' oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Ia bukanlah buku panduan bagaimana menghadapi Ramadan tapi lebih kepada sharing experience and knowledge about Ramadan, how he went through Ramadan in overseas? How can we reflect our last year Ramadan so that this year, our Ramadan would be different. Seriously, i like the way he wrote the book because he is trying to give the readers a different view of Ramadan and make we, as a reader to reflect on our own Ramadan and how we can change something that not quite good to something better. Go go Ustaz!



Ada banyak tajuk yang menarik dan ada beberapa yang begitu dekat dengan hati saya antaranya yang bertajuk Khutbah: Kemerdekaan Diri Di Aidilfitri. Cara olahan Ustaz amat dekat dengan perasaan  saya tapi saya tidak pernah berupaya menterjemahnya menjadi tulisan. Sekadar tersimpan di sudut hati sahaja. Memang beruntung orang yang berilmu dan berkongsi ilmunya dengan orang lain sebab setiap kali orang lain itu berkongsi ilmu yang diperolehinya maka Ustaz akan dapat bahagian pahala. SubhanAllah cantik betul aturan Allah SWT! Jadi di sini saya hanya sekadar berkongsi tentang apa yang saya dapat apabila membaca bab ini.

Okay! Let's start with the topic. 

[TULISAN DI BAWAH ADALAH DARI PEMAHAMAN SAYA SENDIRI TAPI IDEANYA DATANG DARI BUKU]

                                                                       .....


Setiap tahun, Malaysia akan menyambut perayaan Hari Kemerdekaan setiap 31 Ogos. Ini bagi meraikan kegembiraan di mana Malaysia tidak lagi perlu berada di bawah pemerintahan penjajah, iaitu British ketika itu. Malaysia telah melalui banyak peristiwa berdarah sehingga sampai kepada Hari Kemerdekaan ini dan memang layak untuk rakyat Malaysia melahirkan kesyukuran atas pembebasan ini.

Begitulah juga ertinya bagi umat islam dalam menempuh bulan Ramadan. Ramadan bukan bulan sekatan. Ramadan ialah bulan yang sepatutnya menjadi titik tolak kepada satu "kemerdekaan". Analoginya begini. Dalam peperangan, kita mesti ada sesi mesyuarat dimana kita akan berbincang mengenai strategi peperangan untuk memenangi sebuah kemerdekaan. Begitu juga dengan bulan Ramadan. Ramadan merupakan bulan untuk kita 'berstrategi' dan 'berperang' dalam tujuan mencapai 'kemerdekaan' tersebut. Jika penjajah Tanah Melayu dahulu adalah British dan Jepun. Maka, siapa musuh yang perlu kita lawan di bulan Ramadan?

Ramadan merupakan bulan untuk kita 'berstrategi' dan 'berperang' pada masa yang sama supaya di 11 bulan kemudiannya kita mampu hidup lebih aman dan istiqomah. Maksud aman saya bukanlah tiada ujian tetapi ujian yang datang tidak lagi menjadi lawan terbesar kita kerana kita telah 'berstrategi' dan 'berperang' pada bulan Ramadan maka ia sepatutnya menjadikan kita ansarullah yang lebih kuat. in sya Allah.

Kita ada dua penjajah dan penjajah ini tidaklah sekuat mana sebab hanya ada satu cara sahaja untuk melemahkannya dan kita pun sedia maklum dengan kelemahannya iaitu, patuh kepada Allah. Dua penjajah itu ialah Syaitan dan Hawa Nafsu.

Syaitan telah berikrar di hadapan Allah SWT bahawa dia akan menyesatkan anak-anak Nabi Adam AS dan dia juga turut menyatakan point of weakness dia dimana manusia boleh mencegah diri daripada dijajah, dipetik dari surah al-Hijr ayat 39 - 42 yang bermaksud

Ia (iblis) berkata, "Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang terpilih di antara mereka".

Dia (Allah) berfirman, "Ini adalah jalan yang lurus(menuju) kepada-Ku". Sesungguhnya kamu (iblis) tiada kuasa atas hamba-hamba-Ku, kecuali mereka yang mengikutimu, iaitu orang yang sesat.

Jadi, asalnya terpulang kepada kita (manusia) mahu mengikuti jejak langkah syaitan atau tidak. Tiada sesiapa memaksa bahkan syaitan sendiri tidak boleh memaksa atau membawa kita kepada kesesatan melainkan kita sendiri yang mengikutinya. Hanya mereka yang sesat sahaja akan mengikuti jejak langkah syaitan dan semoga kita dijauhkan daripada golongan yang sesat itu.

Ramadan bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan bahkan syaitan telah dirantai di bulan ini untuk mengurangkan operasi hasutannya terhadap manusia. Jadi Ramadan merupakan bulan terbaik untuk kita menguatkan antibodi(iman) kita supaya kita menjadi lebih kuat dan tahan lasak, bukan sahaja di bulan Ramadan bahkan ia dibawa ke bulan-bulan yang seterusnya. Jadi, inilah peluang kita! Janganlah kita lepaskan peluang yang Allah bagi hanya sebulan sekali sepanjang tahun dan ingat! Peluang ini tidak semestinya kita dapat andai kita ingin tunggu Ramadan akan datang. Ramadan ini boleh juga diibaratkan sebagai training course untuk melatih ansarullah menjadi lebih hebat dan kuat rohani dan jasmaninya. Ayuh! Sama-sama kita berusaha melepaskan diri daripada penjajah bernama Syaitan ini yang sering mengganggu kita pada bulan-bulan sebelum ini dan pastikan bila habis sahaja Ramadan, kita tetap 'merdeka' sehingga bertemu dengan Ramadan seterusnya.

Penjajah yang seterusnya merupakan penjajah yang paling bahaya sebenarnya, sebab penjajah ini tidak dirantai ketika Ramadan dan dialah yang paling dekat dengan kita iaitu, Hawa Nafsu. Allah telah berfirman:

Apakah engkau tidak melihat keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: sebagau tuhan yang diutamakan dan dipatuhinya, lalu dia disesatkan oleh Allah biarpun dalam keadaan dirinya berilmu, dan dimenteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu tidak ingat dan insaf?

(Al- Jaatsiyah 45:23)

Takut bukan. Apa akan jadi pada kita jika Allah sendiri membiarkan kita lemas dalam hawa nafsu sedangkan Allah sahajalah penganugerah Hidayah. Tidak diendahkan Tuhan sangat menakutkan dan saya sendiri tidak mampu membayangkan diri saya tanpa Allah di hati (walaupun kadang kala kita lalai dan melupakan Allah). Saya amat terkesan dengan penulisannya Ustaz ketika mengolah tentang penjajahan kedua ini yang berbunyi:

"Manusia yang menjadikan nafsunya sebagai tuhan, mereka ini buta biarpun celik. Mereka pekak biarpun bertelinga. Mereka menjadi bodoh biarpun memegang segulung ijazah ilmu. Manusia tatkala menjadi hamba kepada nafsu, ilmu sudah tidak lagi berfungsi membijakkannya. Mata yang celik gagal melihat. Telinga yang baik menjadi tuli. Hati menjadi buta dan mati, itulah penangan Nafsu."

(Transformasi Ramadan, ms.102)

Bagi saya, walaupun orang itu dari aliran agama sekalipun, belajar agama sehingga ke Makkah sekalipun tetapi apabila Nafsu yang menjadi raja maka tidak gunalah ilmu agamanya.

Sebab itulah Allah hadirkan Ramadan buat umat Islam, supaya ada satu bulan dimana kita berusaha keras melawan nafsu. Jika dibulan biasa kita tewas kerana adanya syaitan dan nafsu, maka di bulan Ramadan ni hanya ada satu penjajah sahaja yang perlu kita tewaskan. Jadi ambillah peluang ini untuk bertempur sepenuh daya membebaskan diri dari dibelenggu nafsu. 

Ramadan adalah bulan mendidik bukan menyekat. Melarang kita daripada makan dan minum di siang hari bukanlah sekatan tanpa sebab tapi ia adalah didikan Allah untuk menjadikan kita mampu menahan diri bukan sahaja daripada lapar tapi daripada menurut nafsu makan. Nafsu kan ada banyak jadi dengan menegaskan pendirian bahawa aku tidak akan mengikut kehendak nafsuku untuk makan sebab nak ikut perintah Allah, maka itu sudah dikira kemenangan kecil kerana berjaya melawan nafsu makan. Tapi harus diingat, Ramadan bukan medan melawan nafsu makan sahaja tapi segala bentuk nafsu yang sering kita turuti kemahuannya seperti nafsu shopping, nafsu marah, nafsu menonton filem-filem lagha, semua itu Nafsu yang perlu kita lawan! 

Berjayanya kita melepaskan diri dari penjajahan Nafsu, maka layaklah kita untuk gembira pada 1 Syawal nanti. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya. Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada takwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya bersih. Dan sesungguhnya hampa lah orang yang menjadikan dirinya itu susut dan terbenam  kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)."

(Asy-Syams 91:7-10)

Ingat! Kedua-dua penjajah ini perlu kita lawan sebelum 1 Syawal sebab Syawal adalah hari kemenangan kita. Kemenangan ke atas apa? Kemenangan terhadap pembebasan penjajah. Sama juga dengan sambutan Hari Kemerdekaan sebab kita telah bebas dari terpaksa mengikut telunjuk penjajah. 1 Syawal merupakan hari kita melangkah keluar dari University of Ramadan dan memegang segulung ijazah kejayaan menewaskan dua penjajah. Dan biasanya orang yang keluar universiti ni orang yang lebih matang, lebih banyak ilmu dan lebih baiklah daripada yang sebelumnya kan. Jadi reflek diri kita adakah pada 1 Syawal akan datang aku akan menjadi insan yang berbeza? Atau mungkin masih berada di takuk lama? Atau reflek balik siapa kita pada 1 Syawal tahun lepas?

p/s: bacalah buku ni, siyes best! =D

Comments

Post a Comment

Popular Posts