Ikhtilat Double Standard?



Assalamualaikum wbt

Apa itu ikhtilat? Ikhtilat itu ialah batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita muslim yang bukan mahram. Definisi tu pun dah jelas kan dan dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah pun ada cakap tentang ikhtilat ni. [ dah banyak blog yang bercerita tentang ikhtilat dan hukum hakamnya dalam Islam jadi boleh google je]

Kenapa agaknya ya Islam amat menekankan tentang ikhtilat dan satu lagi fakta menarik tentang Islam ialah, Islam merupakan satu-satunya agama (atau saya lebih suka sebut ad-din) yang memberi panduan bagaimana pergaulan antara dua jantina perlu berlaku. 

Salah satu makna Islam ialah "salima" atau dalam bahasa melayunya "selamat". Selamat ni pula kalau mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat bermaksud "terpelihara atau terhindar daripada bencana, terlepas daripada bahaya". Perlu diingat ya, Islam ini bukan agama menghukum tapi agama yang melindungi penganutnya atau memberi peringatan atau guideline atau apa-apa sahaja yang membawa maksud kepada selamat itu sendiri. Jadi, kenapa perlu menjaga ikhtilat antara lelaki dan wanita? Sebab Allah nak kita selamat, mudahkan?

okay, let's go back to the story...

Hari tu ketika cuti summer ( December 2011), saya adalah berborak dengan teman rapat saya, berceritalah kami berdua. Kebetulan ketika itu saya baru sahaja selesai program Talaqqi Intensif di Selangor. Ketika berada dalam majlis talaqqi tu terasa la suasana biah solehah yang amat-amat kuat. Ramai muslimat yang datang bertudung labuh, bulat dan berpurdah. Saya pula jenis nak try semua tudung so saya pun pakai juga tudung bulat. Aura yang saya rasa ialah aura para penuntut ilmu yang benar-benar ikhlas datang untuk menuntut sebanyak mungkin ilmu daripada tuan syeikh. Subhanallah perasaan yang amat luar biasa! Baiklah, sebenarnya saya sendiri dalam hati kecil nurani saya, saya sangat ingin berniqab tapi ada satu part juga dalam hati saya yang berkata, ilmu masih belum memadai. Saya tidak tahu kenapa Allah mengurniakan perasaan ini kepada saya. Ok, itu dah cerita lain [yang pasal niqab tu post lain ok], kembali kepada cerita asal. Saya cakap la kat teman rapat saya, bila berada di sana rasa macam malu sangat dengan ikhwah dan akhwat sebab diorang semua ilmu hebat-hebat. Yela ramai juga budak tahfiz yang join. Jadi rasa macam nak berniqab je kalau boleh kat program tu sebab nak jaga hati mereka supaya mereka datang dengan tujuan untuk menuntut ilmu semata-mata (begitu juga dengan saya).

Kemudian, saya terfikirlah, kalau dekat uni kat Australia, takde plak saya rasa malu dengan ikhwah, ketawa depan diorang, cakap kuat-kuat dengan kawan sebab tahu orang putih bukan paham pun apa aku cakap. Sebenarnya saya rasa tak perlu saya cerita banyak tentang ke'galok'an (dialek kelantan bermaksud: reaksi gembira yang berlebih-lebihan) saya ketika zaman jahiliyyah itu sebab macam mengaibkan diri sendiri plak kan. Tapi in sya Allah tidak pernah main bertepuk tampar dengan budak laki (Alhamdulillah Allah masih melindungi saya..huhu). Cuma, sahabat saya tu pun tanya saya balik, lain ke ye lelaki di Australia dan lelaki di Malaysia? Sentap! Lelaki tetap lelaki dan mereka tetap bukan mahram kita jadi kenapa perlu ada ikhtilat double standard seperti ini? Cara melayan lelaki not-yet-muslim dengan lelaki muslim berbeza ek? Bukan ke dua-dua perlu kita jaga ikhtilatnya? Saya terkedu dengan jawapan teman rapat saya itu. Diam.

Selepas selesai berborak dengan teman rapat saya di telefon, saya ambil masa bermuhasabah. Adakah selama ini aku jaga ikhtilat double standard? Astarghfirullah hal azim!

Wassalam.

Comments

Popular Posts