Muhammad Tidak Tahu Tapi Allah Bagitahu


Assalamualaikum my dear sisters and brothers. Hope you are doing well and let us pray Allah will forgive us for what we did today. We never know how many sins we did today right? So it is safe for us to ask forgiveness every second that we have right now. Let's not waste any time okay! This is also to remind myself.

Apa saya nak kongsi sikit hari ni berkenaan rancangan Halaqah yang saya sempat tengok pagi tadi di TV9 Dekat Di Hati. Ada Dr.Danial yang bagi pengisian dan subhanAllah brothers and sisters. I praise Allah for giving me the chance to watch his speech. It was awesome and make me feel ALLAHUAKBAR. Bertambah-tambah keyakinan di hati ini untuk mengatakan Islam lah agama yang benar lagi membenarkan. Saya memang (ishaAllah) sudah yakin dengan agama ini tapi sering takut pada provokasi yang meminta ditunjukkan bukti kebenaran Muhammad itu. Nak menjawab, tidaklah saya berani sebab ilmu saya pun secetek air dalam lubang-lubang di atas jalan tar je.. *exaggerate plak aku kan..
Tapi harus di ingat juga, jangan sebab kena provoke je kita jawab pertanyaan-pertanyaan maut seperti ini tapi seringlah berkongsi apa sahaja ilmu yang kita yakin kebenarannya dan kesahihannya.

Sebelum saya melalok lebih panjang ayuh saya kongsikan cerita ini. Pengerusi majlis bertanyakan soalan kepada Dr. Danial, soalannya lebih kurang berbunyi begini, "Macamana kita nak kaitkan kebenaran Muhammad ni dengan sains?" hah! Apa anda nak jawab? Mesti anda gelabah kan? Sabo-sabo, don't panic-panic. hehe

Dr. Danial jawab (lebih kurang macam ni) Muhammad ni hidup zaman jahilliiyah dan ketika itu tanah arab ni memang tak popular, takde sape yang nak pergi sebab tak nampak apa yang ada. Dikelilingi padang pasir dan budaya orang arab yang sangat-sangat teruk ketika itu (spt buang anak perempuan, riba', arak dan lain2) tidak menarik minat orang-orang Eropah untuk datang menjelajah tanah arab. Jadi orang arab ketika itu memang terasing dari mempunyai hubungan dengan orang dari benua lain. Lepas tu, penduduk Mekah ketika itu pun memang jahil atau bodoh. Nabi Muhammad SAW pula, tidak pernah merantau dari benua arab ke benua lain, apatah lagi mahu berlayar ke lautan. Memang kehidupan Nabi Muhammad berkisar di sekitar padang pasir semata. Betul tak?

Piramida - google image


Jadi, nak dijadikan cerita, bila Islam itu datang, Islam itu membawa rahmat seluruh alam dan mulalah tugas seorang rasul menyampaikan al-quran kepada umatnya. Diceritakan tentang penciptaan laut yang mempunyai dua ombak dan hidupan di lautan, diceritakan tentang langit dan isinya kepada umat Islam ketika itu. Dr. Danial bagitau yang penemuan gelombang atau ombak kedua yang berada di dasar laut itu pun merupakan penemuan baru beberapa tahun yang lalu. Oh! Anda boleh rujuk surah An-Nur 24:40 untuk tahu lebih lanjut ayat mana yang dibincangkan oleh Dr. Danial. Hebat bukan? Sains baru sahaja membuktikan beberapa tahun yang lalu kewujudannya tapi Al-quran dan bagitau sejak zaman Muhammad lagi. Jadi apakah kita berhak untuk mengatakannya yang Quran itu bukan 'tulisan' Allah? Menakjubkan! Apa yang lebih saya tertarik ialah untuk menegaskan lagi bahawa Al Quran itu dari Allah ialah bagaimana Muhammad boleh tahu tentang lautan jika Baginda tidak pernah pergi berlayar? Bila Baginda mengkaji? Bagaimana Baginda nak kaji isi dalam lautan andai pergi ke laut pun tak pernah? Dan kita tahu kebenaran Al-Quran itu terang lagi bersuluh dan dikuatkan lagi dengan bukti-bukti yang hanya pada zaman moden ini sahaja boleh disahihkan. Jadi, layakkah kita mengatakan ajaran Muhammad itu ajaran orang gila atau ajaran yang ditulis oleh Baginda dan bukan dari Tuhan?

Terbukti ini risalah dari Allah SWT - google image


Siapa lagi yang mampu tahu tentang alam ini dikala bukti-bukti ini hanya mampu ditemui pada zaman moden ini? Subhanallah! Sungguh aku taksub dengan kehebatan Pencipta ku ini. Maaf lah sahabat-sahabat, saya memang bukan tukang cerita yang baik tapi insyaAllah apa yang saya boleh kongsi saya akan kongsi melalui pemahaman saya (jangan risau, tak lari jauh pun dari cerita asal Dr. Danial).

Semoga ianya bermanfaat untuk kita jadikan refleksi diri kita.

Ini link yang menceritakan tentang ayat alquran yang disebut oleh Dr. Danial. Don't Worry saya yakin dengan penulisnya sebab beliau memang pengkaji Al-Quran, Harun Yahya.

Wassalam ^_^

Comments

Popular Posts