"supaya dalam kubur nanti saya dapat mendengar derapan kaki kuda pahlawan yang menakluk kota Konstantinopel" - Abu Ayub Al-Ansari


Assalamualaikum wbt

Berderau darahku dengan keberanian beliau dan jatuh sudah air mata menangisi kesyahidan insan hebat bernama Abu Ayub Al-Ansari. Sedang aku membaca buku nukilan Abdul Latip Talib berjudul Mustafa Kamal Ataturk - Penegak Agenda Yahudi, tidak ku duga aku akan diperkenalkan dengan pahlawan hebat ini. 

Beliau yang hidup pada zaman Rasulullah SAW merupakan salah seorang pahlawan Islam yang berani dibuktikan apabila beliau menyertai setiap peperangan bersama Rasulullah seperti Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak dan beberapa siri peperangan yang lain. 

Bibit perkenalan Rasulullah SAW dengan Abu Ayub Al-Ansari sangat chomel ^_^. Ianya bermula ketika Rasulullah berhijrah ke Madinah, seperti yang kita sedia maklum bahawa Rasulullah SAW disambut baik oleh masyarakat Madinah dan berebut-rebut penduduk Madinah menjemput Baginda menjadi tetamu rumah mereka. Namun,  Baginda itu adil, untuk tidak ingin mengecilkan hati mana-mana pihak lalu Baginda membiarkan unta tunggangannya untuk memilih rumah mana yang patut Baginda tumpang. And guess what? Unta tunggangan Baginda memilih rumah Abu Ayub Al-Ansari, beliau amat mengalu-alukan Baginda dan di situ bermulalah persahabatan mereka.

Sewaktu hayat Baginda, Nabi pernah bersabda yang suatu hari nanti Kota Konstantinople akan ditakluki oleh Khalifah yang baik yang terdiri daripada tentera-tentera yang baik dan rakyat yang baik. Maka, Dari zaman Khalifah Abu Bakar lagi tentera Islam cuba untuk menakluk kota tersebut. Tiba giliran Khalifah Muawiyah, beliau juga tidak mahu melepaskan peluang untuk cuba merealisasikan hadis Baginda Rasulullah SAW. 

Khalifah Muawiyah melantik anakandanya, Yazid untuk mengetuai tentera Islam untuk penaklukan tersebut. Abu Ayub Al-Ansari yang memang dikenali dengan sifat beraninya turut menawarkan diri untuk join peperangan tersebut walaupun ketika itu beliau sudah menginjak usia 81 tahun! Wow!

Muawiyah yang ketika itu agak keberatan untuk memberi kebenaran berkata "Tuan sudah terlalu tua untuk pergi berperang. Lebih baik tinggal sahaja di sin." Namun beliau tetap teguh pendirian dan membalas, "Saya mahu mendapatkan syahid. Sesungguhnya, pintu syahid itu sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia".

Ramai yang berfikir bahawa kehadiran beliau hanya akan membebankan tentera lain kerana beliau sudah tua namun Yazid, anak Muawiyah merasakan beliau merupakan lelaki yang dihormati oleh ramai orang dan kehadirannya pasti dapat menaikkan semangat tentera lain untuk berperang. Justeru, Abu Ayub Al-Ansari dibenarkan menyertai peperangan tersebut.

Walaupun beliau sudah dibenarkan untuk menyertai peperangan tersebut tetapi masih ada yang iri hati apabila ada yang bertanyakan kepada beliau tidakkah beliau berasa terhina kerana berada di bawah kepimpinan anak muda yakni Yazid. Tetapi niat sucinya yang ikhlas kerana Allah SWT membalas "Saya tidak berkecil hati walau siapa pun yang memimpin kerana saya keluar untuk berjihad pada jalan Allah. Saya sanggup meninggalkan keluarga dan segala yang saya cinta hanya kerana saya mahu memburu syahid".


Apabila tiba di kota Konstantinople, tentera Islam bergabung dengan pasukan tentera dari Mesir dan Syam dan ini telah menimbulkan rasa megah dalam kalangan tentera Islam. Melihat kepada situasi itu, Abu Ayub Al-Ansari memperingatkan tentera Islam "Dalam Perang Badar jumlah tentera Islam sedikit tapi berjaya mengalahkan tentera Quraisy. Namun begitu, dalam Perang Hunain, jumlah tentera Islam begitu ramai tapi tidak dapat mengalahkan musuh. Oleh sebab itu janganlah kamu berasa megah dengan jumlah yang ramai".

Dalam tempoh peperangan itu, pada suatu malam, Abu Ayub Al-Ansari jatuh sakit dan beliau kelihatan begitu lesu. Hanya nafasnya sahaja yang kelihatan turun naik yang menandakan beliau masih hidup. Ketika itu, salah seorang tentera Islam yang datang menziarah berdoa, "Ya Allah, sihatkanlah dia dan sembuhkanlah penyakitnya."

Abu Ayub Al-Ansari yang ketika itu sedang nazak masih lagi mampu berkata "Sebaik-baiknya kamu berdoa begini, Ya Allah, sekiranya ajalnya sudah dekat, ampunilah dosanya dan berilah rahmat-Mu kepadanya. Sekiranya ajalnya masih belum tiba, maka sihatkanlah dia dan sembuhkan segera penyakitnya serta berilah  kepadanya ganjaran pahala."Lalu, askar yang melawat beliau mengucapkan doa tersebut.

Yazid bin Muawiyah turut datang melawat, beliau amat menyanjungi Abu Ayub Al-Ansari dan menanyakan jika beliau ada hajat yang ingin ditunaikan. Lalu Abu Ayub Al-Ansari menjawab, "Wahai yazid, saya ada satu permintaan. Seandainya ajal saya sampai di sini, maka kamu semua kuburkanlah saya di benteng kota Konstantinople". Bila ditanyakan kenapa, beliau menjawab:

"Supaya dalam kubur nanti saya dapat mendengar derapan kaki kuda pahlawan yang dapat menakluk kota Konstantinople. Nabi Muhammad pernah berkata hanya pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik akan dapat menakluk kota Konstantinople."

Apabila Yazid bersetuju dengan permintaan beliau, Abu Ayub Al-Ansari tersenyum lalu berkata, "Rasulullah juga pernah berkata, barang siapa yang mati dengan tidak mensyirikkan Allah dengan apa pun, dia pasti masuk syurga". Kemudian beliau pun menghembuskan nafas terakhir selepas mengucapkan dua khalimah syahadah.

Time peperangan sedang berlangsung, sepasukan tentera yang telah ditugaskan untuk menguruskan jenazah Abu Ayub Al-Ansari menyusung jenazah beliau untuk disemadikan di tepi benteng Kota Konstantinople. Maharaja Rom mengetahui hal ini dan menyuruh askarnya untuk menyiasat, dia diberitahu yang ditanam itu merupakan seorang pahlawan syahid yang amat dihormati oleh orang Islam dan melarang keras pihak Rom mengapa-apakan jenazah tersebut. Selepas berbulan-bulan tentera Islam mengepung kota Konstantinople namun masih gagal. Lalu, tentera Islam terpaksa berpatah balik tetapi mereka berjanji akan datang membawa tentera yang lebih hebat pada masa akan datang. Yazid juga memberi amaran keras jika jenazah Abu Ayub Al-Ansari diganggu maka tentera Islam pasti datang menyerang sehingga tidak akan kedengaran lagi loceng gereja di kota tersebut.

Raja Konstantinople tidak mengendahkan amaran tersebut lalu memerintahkan supaya kubur Abu Ayub Al-Ansari digali namun apabila melihat jenazah Abu Ayub masih elok walaupun sudah berbulan-bulan ditanam (Subhanallah!) maka jenazah beliau dikebumikan semula dan dibuat tanda di atas kubur itu dengan batu besar dan disangkutkan empat batang kandil .(saya pun tak tahu kandil tu apa =_=)

Selepas kejadian itu orang ramai menjadikan kubur itu sebagai tempat ziarah bagi meminta berkat. Setiap kali orang sakit datang berdoa ironinya doa mereka seperti dikabulkan.  Namun, setelah berpuluh-puluh tahun berlalu, Maharaja Rom mengeluarkan arahan melarang orang ramai mengunjungi kubur beliau dan kubur beliau dibiarkan terbiar.

Kemudian datanglah zaman yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam! Kota Konstantinople berjaya ditawan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh! Yeah! ALLAHUAKBAR!!(ni kisah tentang Abu Ayub Al-Ansari jadi kita skip kisah penaklukan kota Konstantinople oleh Sultan Muhammad Al-Fateh ek ^_^)

Apabila kota Konstantinople berjaya ditawan, Sultan Muhammad Al-Fateh berusaha untuk mencari kubur Abu Ayub Al-Ansari tetapi fail =(. Lalu beliau mengadu hal tersebut kepada gurunya, Syeikh Syamsudin Al-Wali. Ulama tersebut menyuruh beliau untuk mengerjakan solat sunat minta petunjuk daripada Allah SWT. Malam tu seperti biasa, beliau bangkit untuk menunaikan solat tahajjud tapi kali ni ditambah dengan solat hajat semoga diberi petunjuk di mana kubur Abu Ayub Al-Ansari terletak. Usai solat, beliau tertidur lalu bermimpi dan dalam mimpinya beliau ditunjukkan tempat kubur tersebut.

Selesai solat subuh berjemaah di Masjid Aya Sofia, Sultan Muhammad Al-Fateh mengajak beberapa orang pembantunya untuk mencari kubur tersebut berdasarkan mimpi beliau dan Alhamdulillah kubur itu ditemui. Ia telah dipindahkan dari benteng kota Konstantinople ketika zaman pemerintahan Maharaja Rom sebab dia tak mahu rakyat menyembah kubur tersebut. Lalu, kubur Abu Ayub Al-Ansari digali lagi untuk dipindahkan jenazahnya.

Dalam proses tersebut, tiba-tiba sebelah kaki jenazah telujur pada tempat yang digali dan apa yang magnificentnya adalah kaki itu masih elok dak tidak reput dimamah usia! MasyaAllah! Orang ramai pun bergilir-gilir mencium kaki syuhadat itu dan Sultan Muhammad Al-Fateh juga tidak mahu melepaskan peluang untuk mengambil berkat dari jenazah syahid Abu Ayub Al-Ansari. Tetapi, ketika beliau cuba mencium, kaki tersebut seperti mengelak kerana tidak mahu dicium oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. Sultan Muhammad Al-Fateh mencuba lagi tetapi tetap gagal dan beliau berasa amat sedih.

Kata Sultan, "Mengapa saya tidak diizinkan bagi mencium kakinya?" lalu gurunya menjawab,

"Abu Ayub Al-Ansari berasa malu sekiranya kakinya dicium oleh seorang pemimpin yang baik seperti kamu. Semasa hayatnya, dia sememangnya berharap, dialah orang yang disebut-sebut oleh Rasulullah dalam hadisnya tetapi pilihan Allah jatuh kepada kamu. Oleh sebab itu, dia berasa malu kepada kamu"

Subhanallah Subhanallah Subhanallah! 

Betapa hebatnya kecintaan para sahabat dan juga pemimpin Islam apabila meletakkan Allah itu di atas segala-galanya. Bandingkan diri kita dengan mereka, mereka jauh lebih mulia berbanding diri saya yang kerdil ini. 

Semoga kisah ini menjadi pemangkin semangat kita untuk terus hidup menanam benih-benih syurga yang hasilnya nanti akan kita tuai di sana. InsyaAllah =)

Wassalam.



Comments

Popular Posts