"Lelaki itu sekadar kawanku"

Assalamualaikum wbt

Kaifa halukum? Ana bikhair, iAllah =)

Anda ada kawan lelaki tak? Pernahkah terfikir oleh kita bolehkah kita berkawan dengan lelaki? Sekadar kawan sahaja ye, bukan couple atau best friend, tapi lelaki itu hanya sekadar kawan.

Jujur, saya ada kawan lelaki juga ketika di sekolah menengah tapi apabila menyambung pengajian di peringkat pengajian tinggi, saya tidak lagi mempunyai kawan lelaki tapi lebih kepada sekadar kenalan.

Ya, mungkin anda akan berkata, kenalan dan kawan sama sahaja. Menurut kamus dewan memang sama tetapi tiada istilah lain yang boleh saya gunakan untuk menggambarkan situasi saya. Jadi, izinkan saya membuat istilah sendiri tentang pengertian 'kenalan' dan 'kawan' ni ye.

For me, 'kenalan' lebih bersifat general di mana saya hanya mengenali seseorang itu mungkin hanya pada namanya, umurnya dan sedikit latar belakang keluarganya. Lagi, saya mungkin tidak pernah keluar bersiar-siar atau 'melepak' bersama kenalan kerana mereka bukanlah ;orang yang rapat dengan kita. Manakala, 'kawan' pula ialah mereka yang kita kenal hati budinya, sifat-sifat tertentunya, kegemarannya dan banyak lagi lah tentang dia yang kita tahu. Malah, kita mungkin sering keluar  bersiar-siar bersama-sama dia. 

Maka, kembali kepada persoalan saya di atas, bolehkan perempuan/lelaki mempunyai kawan berlainan jantina? Selepas melalui beberapa pembacaan, sesi muhasabah diri (termenung dan berfikir), sharing daripada mereka yang bidang dalam ilmu agama. Maka, saya berpegang pada pandangan peribadi saya yang lelaki dan perempuan tidak pernah boleh menjadi (walaupun sekadar) kawan. Apa yang bakal saya ceritakan ini adalah apa yang saya pegang (buat masa sekarang ni). Jika ada di luar sana yang lebih arif tentang isu ikhtilat ni boleh lah share dengan saya ye. in sya Allah saya sedia mendengar pandangan berbeza untuk saya kaji kembali apa yang saya pegang.

Bagi saya, yang paling mengetahui tentang diri saya, siapa diri saya, apa rahsia saya, keburukan saya, kebaikan saya, keaiban saya malah apa yang saya sendiri tidak mengetahui tentang diri saya ialah Dia, ALLAH SWT. Jadi, saya meletakkan sepenuh keyakinan kepada setiap hukumNya. Saya tahu Allah tidak akan menganiayai saya dan setiap ketetapanNya ada sebabnya walaupun mungkin sekarang kita tak tahu tapi lambat laun kita akan tahu (mungkin bila di Akhirat nanti?). Kesilapan yang paling ketara kepada generasi Y dewasa ini ialah mereka sering meminta-minta bukti dan kajian saintifik terhadap sesuatu ketetapan. Ya, bukan tidak boleh meminta hujah tetapi sehingga boleh menidakkan hukum itu rasanya perlu kita reflek diri kita balik. Para sahabat Rasulullah dahulu menurut perintah Allah tanpa meminta hujah dan sebab kerana mereka yakin dengan janji Allah. Kita? Cukuplah kita jadikan semua kajian dan bukti kebenaran Islam itu sebagai penambah keyakinan kita terhadap akidah yang kita pegang dan janganlah kita menyusahkan diri kita dalam beragama.

"(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka."

(Ali Imran : 191)

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

(Al Baqarah : 216)

                                                                          .....


Muslimah itu amat istimewa sehingga Allah SWT menurunkan ayat special untuk kaum hawa ni seperti An-Nisa. Cuba anda cari Ar-Rijal, mana ada kan? Lihatlah bertapa Allah memuliakan muslimah sehingga ada surah dalam Al-Quran mengenai kita. Tak rasa ke kita ni special ke?

Ok, back to the point. Ada dua surah penting yang menerangkan tentang hukum dan juga setakat mana batas kita untuk berinteraksi dengan ajnabi. Yang pertama surah An-Nur ayat 30-31 mengenai menundukkan pandangan-kemaluan dan diikuti dengan tidak menampakkan perhiasan diri yang tersembunyi. (sila refer al-quran ye sahabat)

Dan yang kedua pula dari surah Al-Ahzab ayat 32-34, di mana Allah SWT mengajarkan kita kaedah  apabila kita terpaksa bercakap dengan ajnabi iaitu dengan tidak melunakkan suara dan tidak bertabarruj.

Jadi, persoalannya di sini jika perintah Allah SWT terang-terang suruh kita menundukkan pandangan jadi macamana pula boleh timbul istilah "lelaki itu sekadar kawan je" sedangkan saling memandang pun Allah SWT larang? Hairan kan? Apatah lagi kalau bergurau senda, borak-borak kosong, pergi jalan ke mall sama-sama, duduk serumah dan lain-lain contoh lagi. Jadi, cuba kita check balik diri kita sendiri, muhasabah balik diri kita ni, bagaimana pergaulan kita dengan ajnabi di sekeliling kita?

Ye, mungkin ada yang berkata, "ok je aku kawan dengan lelaki, bukan aku sentuh pun, aku tahu lah batas-batas pergaulan, so mind your on business la weh!"Kebenaran memang sukar diterima apabila kita tidak pernah mengetahui tentang kewujudannya. Itu adalah lumrah, orang memang takut kepada benda-benda yang baru mereka encounter, mereka rasa inferior dan asing sekali dengan ilmu 'baru' itu. Tapi yang sebenarnya kita yang baru tahu sebab ilmu itu telah sampai kepada Rasulullah sebelum kita lahir lagi jadi kitalah yang patut merasa kitalah yang 'baru' tahu dan bukan ilmu itu yang baru discover.

Jadi, janganlah kita bersikap sombong dengan ilmu dan apatah lagi menolakkannya sedangkan ia sahih. Jika benar ilmu itu especially jika ia bersangkut paut dengan agama kita maka apa hukum jika kita menolaknya? Sama-sama kita muhasabah.

Hikmah/Ibrah yang dapat diambil apabila kita menjaga pergaulan atau ikhtilat ini adalah sangat banyak dan antara yang dapat saya lihat dan ada juga yang saya lalui sendiri ialah lebih kepada segi 'kerahsiaan' kita.

1. Apabila lelaki dan perempuan bebas berkawan, mereka akan biasa meluahkan rasa, memberitahu masalah peribadi dan juga mengetahui sifat-sifat wanita yang bagi saya tak sepatutnya lelaki tahu seperti, suka shopping, mudah marah, cerewet, cepat merajuk, garang, mudah gelabah dan lain-lain lagi. Sifat-sifat yang saya sebutkan tu adalah sifat natural yang ada pada seseorang dan kenapa saya kata tidak sepatutnya lelaki tahu hal-hal seperti ini kerana ia mungkin boleh affect reputasi seseorang wanita. Sebagai contoh, seorang lelaki berkenan untuk jadikan anda isteri tetapi disebabkan dia itu adalah sahabat kepada kawan lelaki anda maka dia mungkin akan bertanya mengenai hal anda kenapa kawannya, soalan saya, maniskah lelaki mengetahui peribadi seorang wanita melalui kawan lelakinya? Bukankah lebih elok jika dia mengetahui melalui walinya. Dan, jika melihat kepada situasi yang lebih teruk lagi jika kawan lelaki anda hanya bercerita yang buruk-buruk sahaja tentang anda maka peribadi anda sebenarnya sedang dijaja. Orang yang tidak mengenali anda mula membuat andaian. Bukan saya kata perempuan takkan berbuat demikian namun sekurang-kurangnya ia hanya berlegar di sekitar mereka yang sejantina dengan anda. Lebih malu apabila kawan lelaki kita menjaja peribadi kita kepada lelaki-lelaki yang lain. Mungkin anda pandang remeh namun saya pernah encounter, apabila kawan lelaki saya (dahulu) selalu bercerita tentang perempuan itu begitu begini dengan temannya. Maka hilanglah 'keistimewaan' yang pada mulanya Allah SWT telah pelihara.

2. Apabila lelaki dan wanita bercouple, jujurlah pada diri ye, selagi dia belum sah menjadi milikmu maka belum tentu dia jodohmu kan. Katakanlah suatu ketika nanti berpisah, bolehkah anda jamin yang bekas kekasih anda tidak akan membocorkan sifat anda, keburukan anda, kebaikan anda malah masalah peribadi anda. Memang tidak dinafikan ada yang baik yang tidak akan memburukkan kita tapi adakah hati kita akan tenang apabila sudah bersuami/beristeri tetapi ada orang di luar sana yang  sudah tahu segalanya tentang peribadi kita. Ia seperti kita tidak lagi jadi yang 'special' buat yang sah pada kita kerana sudah pernah ada yang tahu tentang 'special' kita.

3. Lelaki sentiasa mahukan yang solehah menjadi isteri, kenapa? Kerana mereka tahu isteri yang solehah tidak perlu diajar banyak perkara kerana mereka sudah tahu tanggungjawab yang bakal mereka pikul apabila bergelar isteri. Jadi, jujur saya ingin tanya, anda mahukah bernikah dengan bakal isteri anda andai dapat tahu yang si dia selalu keluar dengan kawan-kawan lelaki lepak sama-sama, makan sama-sama, selalu belajar sama-sama, duduk sama-sama dalam kelas dan selalu buat aktiviti sama-sama atas dasar kawan. mahu? rela? Ke anda tak mahu dan tak suka bakal isteri anda berkawan dengan lelaki? Jadi, kenapa perlu anda berbuat demikian dengan kenalan perempuan anda, mereka juga bakal jadi isteri seseorang kan? Jadi bantulah mereka untuk menjadi 'bakal isteri' yang solehah juga. Sering kali lelaki lupa bahawa mereka sebenarnya 'tamak', mereka inginkan bakal isteri yang baik tetapi mereka tidak pernah mahu peduli dengan 'bakal isteri' orang lain. "Aku kawan je dengan perempuan ni, bukan ada pape pun, tapi aku taknak kalau isteri aku kuar jalan-jalan dengan lelaki". Sungguh tak adil dirimu wahai lelaki jika kamu begini!


4. Saya (dulu) pernah lah berbual dengan seorang kenalan lelaki ni dan kami sedang berbicara tentang seorang kawan perempuan di mana kawan perempuan saya ni tidak pernah bercakap dengan lelaki melainkan ada urusan yang perlu sahaja. Kenalan lelaki saya itu memberitahu saya bahawa dia tidak akan berani bercakap dengan kawan perempuan saya tu sebab dia masih 'suci'. Makna suci ini, iaitu dia tidak dicemari dengan pergaulan 'kawan' berlainan jantina. Sayanglah kalau dia 'dicemari' dan aku taknak jadi orang yang 'cemari' dia. Ini bukan topik kotor ye, cemari tu maknanya pergi berbual kosong ke dengan kawan perempuan saya tu or apa-apa sahaja tindakan yang kawan akan buat pada kawan lain. Ini menunjukkan mereka yang tidak 'dicemari' dengan pergaulan sahabat lelaki perempuan ni sangatlah dihormati dan bukan ditakuti. Jika anda dapati lelaki tidak berani menegur anda maka anda sebenarnya dihormati bukan sebab anda tidak laku ye. Ingat tu. Ini memang hasil perbualan saya dengan kawan lelaki saya itu dahulu dan ini adalah kisah benar.


Akhir kalam, ini bukanlah hikmah rekaan hasil imaginasi tapi ini adalah hikmah realiti yang perlu masyarakat hadapi. Jagalah dirimu wahai Muslimah kerana Allah benar-benar menyayangimu. Ya, mungkin ayahmu tidak kisah, mungkin suamimu tidak kisah, mungkin abangmu tidak kisah tapi mana yang lebih penting? Pandangan mereka atau pandangan Allah SWT? Redha kita mungkin dibawah mereka(ayah, suami, abang) tetapi redha kita semua di bawah kekuasaanNYA.

Wassalam =)


Comments

Popular Posts