Sudah hampir ke penghujungnya...

Assalamualaikum wbt

Hidup di perantauan ni memang macam-macam benda baru yang saya rasa dan saya alami. Baik dari segi fizikal, mental dan juga emosi. Dari segi ukhwah hinggalah kepada berdakwah. Banyak sangat sehingga saya tak mampu untuk menulisnya dalam satu post ini. Saya memang nak sangat kongsikan pengalaman dan cabaran berada di Australia ni tapi bila jarang menulis di blog menyebabkan semua idea-idea itu berlalu sepi. Mungkin bila saya dah kembali ke Malaysia saya akan menulis tentang pengalaman di sini sebab rindukan suasana di sini. Ya, ini bukanlah negara Islam tapi ini antara negara yang mengamalkan Islam dalam cara hidupnya dari sudut yang pelbagai. 

Sudah hampir 2 tahun berada di sini dan hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi saya bakal kembali ke Malaysia oh Tanah Airku. Saya suka untuk balik tapi saya sedih sebab entah bila lagi saya akan menjejakkan kaki ke Australia. Australia, negara yang memberi saya pelbagai pengalaman dan pengajaran especially dari sudut menghayati ad-deen saya sendiri.

Ujian Ukhwah

Tidak dinafikan di sinilah nilai ukhwah kita akan diuji secukup-cukupnya. Tiada ahli keluarga dan kaum kerabat menjadikan pergantungan kita terhadap sahabat makin tinggi. Perlu diingat ye, bukan tiada pergantungan kepada Allah tau! Kalau dahulu bila bergaduh dengan sahabat, kita mungkin tidak kisah atau tidak peduli sebab kita sering kali pulang ke rumah setiap hujung minggu untuk bersama keluarga jadi kita merasakan tidak perlu untuk kita mengambil hati atau membaikpulih hubungan sahabat sebab dia bukan siapa-siapa pada kita. Tapi, di sini merekalah hampir menjadi segala-galanya untuk kita. Susah senang kita, sahabat kita yang ambil tahu dahulu dan menghulurkan bantuan dahulu. Jadi apabila berlaku perselisihan faham itu, kita akan jadi stress, sedih, depress sebab sudah sehari tidak bercakap dengan dia. Jadi, di sinilah kita belajar menghargai nilai sebuah ukhwah(islamiyyah), kita belajar memohon maaf, bertolak ansur, berlapang dada dan banyak lagi semata-mata kerana kita tahu tingginya nilai ukhwah itu.


Selain daripada itu, kita juga mulai belajar bagaimana untuk berukhwah dan bagaimana untuk menjaga hati sahabat-sahabat kita. Setiap perselisihan faham itu membuahkan kefahaman dan kefahaman itulah yang menjadikan kita sahabat yang lebih menghargai dan lebih menyayangi sahabatnya. 


Ujian Hamba

Hidup di negara yang Islam bukanlah pegangan majoriti rakyatnya menjadikan aku makin ingin merapati Islam, ingin menghayati Islam dan ingin menjadi seIslam yang mungkin. Tujuannya supaya rohaniku kuat dan pegangan ku utuh. Tapi ada satu kelebihan yang saya kira memudahkan saya mengamalkan Islam di sini ialah mentaliti rakyat Australia yang rata-ratanya pada tahap minda kelas pertama (apa yang sedang Malaysia lakukan sekarang). Tiada prejudis, tiada strata taraf, tiada pandang rendah dan yang paling penting, mereka tahu mereka saling memerlukan. Sebagai contoh, mereka sangat menghargai dan menghormati hatta pencuci tandas sekalipun kerana andai tiada mereka maka siapa lagi yang akan melakukan kerja tersebut. Tiada kata-kata hinaan malah jika melihat pencuci tandas memarahi golongan korporat yang kurang menjaga kebersihan di tandas itu adalah biasa! Mereka tidak merasa bangga dengan pangkat atau jawatan pekerjaan mereka malah mereka begitu menghayati makna Syukur. Subhanallah!!

Pemikiran seperti ini menjadikan saya mudah untuk mengamalkan Islam malah mereka sangat menghormati pegangan agama selain agama mereka. Andai Allah berikan mereka Hidayah maka mereka akan jadi antara penganut Islam yang terbaik dan ini terbukti dengan beberapa saudara reverts yang memang sifat mereka Awesome!



Ujian di sini lebih kepada ingin memberi penjelasan kepada mereka tentang Islam sebab kebanyakan mereka sudah menpunyai kehidupan yang selesa, kemudahan yang baik dan selamat. Jadi, kenapa mereka perlu pada agama? Sebenarnya mereka kekurangan 'makanan' rohani sama macam kita jika kita tidak menjaga 'pemakanan' kita. Reason yang sama juga untuk rata-rata rakyat Malaysia, walaupun majoriti Islam tapi bila tidak dijaga atau di amal 'pemakanan' yang sihat maka meronta-ronta lah rohani mencari sumber makanan sehingga yang kotor pun dibedalnya.

Jadi secara konklusinya, setiap tempat ada cabarannya sendiri tapi personally saya rasa sangat mudah untuk mengamalkan Islam (especially amal islami) di bumi kanggaroo disebabkan oleh mentaliti rakyat Australia yang sangat open-minded dan respectful.

Ujian Pelajar

Alhamdulillah saya sangat suka learning environment di sini. Pengajaran pertama yang saya belajar ialah learning is an independent process. Kalau kita leka atau lalai kita yang akan ketinggalan dalam pelajaran. Serius, belajar kat sini memang mencabar, bayangkan dalam satu minggu tu ada kelas dalam 3-4 hari je, lepas tu kelas pulak dalam sehari bukan pukul 8pg hingga 4ptg tapi dalam 3-4 jam sahaja sehari. Ya, memang nampak banyak kan masa free, tapi jika kita tak pandai manage masa kita maka time assignment tu memang struggle habis-habis la. Memang banyak beri pengajaran dari segi mengurus masa.

Lecturers are very very very supportive in everything, bila dalam tutorial tu and kita bagi pendapat kita tentang sesuatu, mereka akan dengar dengan khusyuk sekali. Mereka tidak pernah cuba menjadi the expert di dalam kelas. Ada satu kelas tu lecturer tu cakap, "in tutorial, it should be the student that speaks a lot not the tutor because we just come here to make sure you are on track, not giving you another lecture".



Bila kita ada idea-idea baru, mereka sangat mengalu-alukannya dan menberi tunjuk ajar bagaimana untuk menyalurkan idea tersebut kepada sesuatu yang positive. Tapi harus diingat juga ye, sebagai seorang muslim, saluran pemikiran kita haruslah berteraskan al-quran dan as-sunnah. Sebab kat sini pun lecturer nye non-muslim then kadang-kadang memang sampai tahap tak logik di akal. Ingat balik bagaimana Allah mengajar kita untuk berfikir, jangan sampai pemikiran kita dipengaruhi bisikan-bisikan syaitan. Ada perkara-perkara yang memang Allah rahsiakan atau memang takkan sampai logik akal manusia, maka bila sampai di situ, beristighfarlah.


...


Akhir kalam, sungguhnya pengalaman setahun lebih ini banyak membuka pintu hati saya kepada Allah SWT. Mengenal Pencipta yang Amat Mencintai saya dan kini tiba masa saya untuk meraih cintaNya. Sesungguhnya apabila kita mahu, kita akan nampak pintu hidayah itu terbuka luas yang selama ini memang sudah sedia terbuka menunggu kita.

SubhanAllah

Masha Allah

Allahu Akbar

Permudahkanlah langkah mujahidah ini...


wassalam



Comments

Popular Posts