Tolak doa sendiri


Setiap kali lepas solat, kita mesti doa

" Ya Allah, janganlah engkau sesatkan hatiku setelah engkau memberi petunjuk kepadaku, kurniakanlah aku hidayahMu dan tunjukkanlah aku ke jalan yang benar".


 Tapi persoalannya sejauh mana kita memaknai kata-kata kita dalam doa tersebut. Adakah kita sekadar menyebutnya kerana ritual ibadah? Andai benar kita mohon doa itu dengan hati kita tapi banyak mana sebenarnya kita telah 'menolak' doa kita sendiri. Allah bagi tapi kita tolak. Ingat. Allah itu Maha mendengar dan pasti dia kabulkan doa hamba-hambaNya.

Bagaimana kita menolak doa atau wish kita sendiri?

Pertama kita kena tahu, Allah tak suka pada hambaNya yang lemah, sebab tu lah kita takkan dapat sesuatu yg kita minta ibarat bulan jatuh ke riba. Mesti melalui beberapa halangan atau cabaran. Ibarat game seperti counter strike atau angry bird. Untuk mendapat habuan atau reward perlu melalui dan tempuhi cabaran dan hanya jika berjaya barulah kita peroleh kemenangan atau reward yg kita idamkan.

 Begitu juga Allah, bukan Dia tak boleh bagi tapi jika Dia bagi macam tu je, sampai bila-bila pun manusia takkan matang, takkan belajar erti susah payah, takkan tahu erti syukur. Sebab itulah baby pun bukan terus boleh berjalan, tapi perlu lalui peringkat2 pematangan dahulu, mengesot, merangkak, bertatih kemudian barulah berjalan.

Berbalik kepada bagaimana kita menolak doa kita sendiri. Saya mahu timbulkan persoalan di sini.

Berapa banyak ajakan ke surau anda tolak daripada sahabat anda?

Bila sahabat anda ajak join usrah. Kenapa anda sentiasa mencari alasan untuk lari?

Bila ada majlis-majlis ilmu diadakan di tempat anda dan anda tahu, kenapa anda tak berminat nak pergi dengar?

Bila diberi pilihan kelas agama dan concert hiburan, kenapa anda sanggup pergi concert dari mendalami ilmu agama?

Actually, masih banyak soalan-soalan yang nak saya tulis tapi kita kan dah pandai, belajar sampai universiti tentu boleh fikirkan soalan yang lain macam mana kan..

Nah, begitulah cara kita menolak doa yang kita sendiri pohon pada Allah dan Allah pun dah tunaikan sebenarnya wish kita. Maaflah, bukan niat saya nak menegur cara hidup orang tapi sebenarnya sampai bila kita tidak mahu peduli pada ummah! Maybe my words are harsh and i am sorry for that but actually when i am telling you this, i am yelling at myself too..


Ingat! Islam bukan sekadar agama tapi cara hidup, anda mungkin tidak cinta lagi pada islam tapi sampai bila anda nak selesa begitu..cari, cari dan carilah cinta Allah itu...Dia sentiasa berbesar hati menerima cinta kita cuma kita yang sentiasa berpaling dariNya...

wassalam

Comments

Popular Posts