Gigi yang sakit

Assalamualaikum wbt
Gigi yang sakit dan sudah rosak, jika tidak dibuang ianya bakal mengganggu seluruh sistem badan yang lain untuk melakukan kerja. Begitu jugalah dengan jahiliyah, walaupun nampak kecil (main video game, tengok drama sepanjang hari, tidur yang berlebihan dan semua perkara-perkara yang tidak mendatangkan kebaikan pun dalam diri kita) namun impaknya amat besar, membantutkan proses tarbiyah dalam diri individu tersebut.

Sebab itu kita perlu tampal/buang gigi yang rosak supaya badan kita dapat buat kerja yang lain. Maka, jika mahu meneruskan proses tarbiyah yang lain maka jahiliyah-jahiliyah ini perlu kita buang. Lagipun, mengapa perlu disimpan jika ia tidak mendatangkan manfaat kepada kita atau orang lain pun.

Seorang muslim itu tidak akan menghabiskan masanya dengan perkara yang sia-sia.

wassalam 


Comments

Popular Posts