Zikir Alam

Bismillahirrahmanirrahim

Usai aku selesai menghabiskan satu lagi helaian dari buku trilogi Aku Terima Nikahnya, aku jadi berfikir sejenak dan bermonolog dalam hati, “patutlah kalau dengar bunyi ombak, air terjun tak rasa sakit kepala sebab bising pun, tapi kalau dengar hon kereta dalam jam, memang dengan otak aku jammed sekali”. SubhanaAllah indah sungguh cara Allah mencipta alam ini, tak terlintas pun aku selama ni. Alam berzikir.

Ya, kita tahu akan hakikat bahawa alam ini berzikir kepada Allah dengan cara mereka sendiri, firman Allah swt dalam Al-Israk ayat 44;

“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.”

Tetapi kita sering terlupa untuk menghayati terjemahan ayat ini dan Ustaz Hasrizal membantu saya memahaminya dengan mudah.

Saya yakin dan pasti setiap orang daripada kita pasti ada tempat semula jadi yang kita suka, ada suka tengok sunset, ada suka duduk je tepi pantai dan tengok laut, ada suka jungle trekking walaupun penat, ada suka tengok langit dan macam-macam lagilah. Betol tak? (Tolong jawab betul ek) Di sini ada satu persamaan antara kita dan ini juga merupakan satu connection antara kita semua. ASAL kita.

Sebelum kita dilahirkan ke alam dunia, sebelum kita berada dalam alam Rahim lagi, kita sudah berada di alam roh dan di alam roh itu kita berada sangat ‘dekat’ dengan Allah SWT bahkan kita berdialog secara langsung dengan-Nya.

“Bukankah Aku Tuhan kamu?’
“Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi.” (Al-A’raaf 7:172)

Jadi, hakikat inilah yang menyebabkan kita akan berasa tenang bila men-dekat-kan diri dengan Dia. Kita tenang bila menyertai majlis ilmu, tenang bila kita zikrullah, tenang bila kita solat(sebenar-benar solat) dan tenang bila kita dekat dengan nature. Sebab hakikatnya roh kita memang ‘dekat’ dengan Allah sebelum kita dilahirkan ke dunia lagi. Hakikat ini jugalah yang memainkan peranan penting dalam kembara kita di bumi, jadi tidak pelik jika ramai orang Amerika yang hidup di Bandar serba moden dan mewah sanggup meninggalkan semua kekayaannya semata-mata hendakkan Islam. Tidak pelik juga jika artis yang dahulunya jahil, seksi, glamour dan memperolehi banyak duit hasil nyanyian atau lakonannya sanggup meninggalkan semua itu saat berada di puncak semata-mata untuk mendapatkan hanya satu perasaan ‘tenang’ dan rata-rata mereka memilih Islam sebagai punca ketenangan. Semuanya kerana kita tenang bila kembali ke tempat ASAL.

Analogi yang diulas oleh Ustaz Hasrizal ialah ibarat pengembara, walau sejauh mana kita mengembara samada menyambung pelajaran atau sekadar bercuti namun pasti akan pulang ke tanah air kerana itulah ASAL kita. Ya, anda boleh gunakan analogi berbeza mengikut keselesaan anda dalam melihat makna damai ini. Bagi saya pula, saya suka meng-analogi-kannya sebagai ‘memgembara ke asal’ maknanya saya tidak suka kepada keadaan statik atau hanya duduk di suatu tempat sahaja. Saya suka mengembara melihat alam, meredah hutan, melihat padang rumput luas, mendaki gunung, semuanya membawa maksud pulang ke asal. Makna asalnya tetap sama tetapi cara mengolah erti itu sahaja yang berbeza. Saya suka kepada keindahan alam dan melihat alam menggunakan pancaindera kurniaan Allah secara terus amat menjadikan saya rasa tenang, bunyi hutan, burung berkicau, angin menghembus di celahan daun, semuanya amat mendamaikan. Ini semua kerana ia semulajadi hasil seni ‘tangan’ Allah SWT sendiri. Saya ada cita-cita untuk mengembara bahkan sekarang sebelum mendapat posting, ada dalam hati saya berharap saya dapat posting di Sabah (tapi tak tulis pun dalam borang posting) sebab saya bercita-cita untuk melihat sendiri biru air laut di Pulau Sipadan dan mendaki Gunung Kinabalu untuk melihat hasil seni Allah dari puncaknya.


Dahulu saya sentiasa terfikir kenapa saya suka sangat kepada alam semulajadi tetapi selepas membaca tulisan Ustaz Hasrizal barulah saya nampak jelas kenyataan ini, kenyataan bahawa setiap ciptaan Allah itu berzikir memuji penciptanya dan hasilnya sebuah KETENANGAN. Tapi yang pasti cara melihat alam juga harus seiring dengan niat, biarlah kerana Allah kerana selain mendapat ketenangan inshaAllah akan kita temui juga hikmah sebuah penciptaan. Semoga dengan perasaan itu, kita menjadi hambaNya yang lebih bersyukur dan mengejar redhaNya.

Wallahu'alam.

Ni kawan saya, dia memang suka sangat tengok sunset. Mungkin itu cara Allah bagi ketenangan kepadanya =)


p/s: rindu nak travel ^_^

Comments

Popular Posts