Azam 2017?

Assalamualaikum

Bila bicara tentang azam tahun baru bukanlah bermakna aku mengagungkan Tahun Masihi namun sistem negara yang menjadikan tahun masihi sebagai permulaan tahun bagi segala perkara seperti permulaan persekolahan, pengajian, peningkatan umur dan sebagainya menjadikan kita melihat Tahun Baru Masihi sebagai starter melangkah ke fasa baru. Tiada yang salah malah aku sendiri suka membuat resolusi atau azam pada setiap kali ketibaan tahun baru.


Pentingkah punya azam? 


Terpulang kepada individu tersebut dan bagi aku ia boleh menjadi sesuatu yang baik kerana menjadikan diri kita punya impian untuk menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Perubahan bukan sesuatu yang mudah tidak kiralah perubahan dari segi intelektual, fizikal, emosi semuanya pasti memerlukan pengorbanan. Dan perubahan adalah sesuatu yang tidak mampu kita elak kerana ia berlaku di luar bidang kuasa kita. Kita cuma punya pilihan samada mahu mengikuti perubahan itu atau tidak mengikutinya. Dan setiap pilihan yang kita buat pasti ada akibatnya yang tersendiri.


Azam pula merupakan satu tujuan, matlamat yang ingin dicapai berserta semangat dalam melaksanakannya. Sesungguhnya punyai azam adalah sesuatu yang baik buat diri kita secara dalaman kerana sebelum kita menetapkan sesuatu matlamat pada tahun baru kita telah melakukan sesi muhasabah akan sikap, matlamat kita pada tahun sebelumnya. Muhasabah adalah sesuatu yang baik untuk diri kita. Membantu kita melihat kembali sikap kita yang lepas. Ia proses yang memberi kita kesedaran dan perkembangan jiwa. Selesai muhasabah mampu menjadikan kita menjadi insan yang punyai deria yang lebih peka.


Azam aku 2017!


Selepas aku melalui dan menelusuri segala perkara yang telah berlaku sepanjang tahun 2016 maka di sini aku senaraikan azamku. Ia tidak diatur berdasarkan keutamaan:


1. Selalunya kita akan sentiasa cakap tentang menambah amal/ibadah tapi jarang dari kalangan kita 'berusaha bersungguh-sungguh untuk menghentikan perbuatan dosa seperti mengumpat maka azam aku tahun ini adalah mengfokuskan kepada penghapusan perbuatan yang mengundang dosa, terutamanya berkaitan dengan lidah.


2. Melibatkan diri dalam pelaburan unit trust. Unit trust merupakan satu kaedah pelaburan+simpanan jangka masa panjang antara 5 - 10 tahun. Tujuan aku adalah supaya dalam 5 - 10 tahun akan datang aku mampu langsaikan hutang rumah dan kereta secara total. Ya, aku cuba sedaya upaya menjauhi hutang dan riba kerana bagiku riba menghilangkan keberkatan dalam rezeki ku dan aku pasang niat untuk melepaskan diri dari hutang yang punyai riba seperti rumah dan kereta. Semoga Allah permudahkan.


3. Project small kindness. Saat ini aku masih lagi mencari-cari idea/kaedah yang bagaimana yang aku boleh jadi berguna kepada masyarakat umum.


4. Menghias rumah dengan kaedah DIY.


5. Mencapai sasaran simpanan TH iaitu sebanyak 6 bulan gaji.


Buat masa sekarang, setakat ini dahulu azam-azam ku dan akan ditambah kemudian.


Semoga setiap daripada kita berjaya merealisasikan azam masing-masing!



Comments

Popular Posts