TIps Hayati Al-Quran

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum semua! Alhamdulillah walaupun jarang-jarang menulis di blog harapnya dengan perkongsian ini memberi manfaat kepada yang membaca terutamanya saya sebab tujuan saya menulisnya adalah untuk mengingatinya.

So hari ni nak share sikit tentang cara saya 'menghayati' saat membaca Al-Quran walaupun saya bukanlah berlatarbelakangkan sekolah agama atau mengambil jurusan Bahasa Arab di universiti dahulu. Saya dapat rasakan ramai di antara kita yang masih takut dan merasa diri sangat jahil sebab boleh membaca Al-Quran tetapi tidak memahaminya. Jangan bimbang! Saya pun sama okayh! Tapi saya lupa bahawa Allah tahu keadaan saya yang tidak tahu bahasa arab sebab Allah kan Maha Mengetahui. Sebab tu Allah cipta Al-Quran ini 'mudah' untuk difahami jika kita benar-benar nak belajar tentang ayat-ayat Allah.

Al-Quran ni surat cinta direct dari Allah kepada hambaNya, kita akan mengetahui 'isi hati' Allah kepada kita hanya dengan membaca Al-Quran. Kalau tak baca Al-Quran kita tak akan tahu dan faham apa Allah nak kita buat kat dunia ini dan macamana nak jalani kehidupan atas dunia dengan tujuan mendapatkan syurga. So Al-Quran ni sebenarnya pelbagai fungsi antaranya:
  • sebagai guidelines untuk menjalani kehidupan dunia,
  • sebagai ubat penenang saat kita diuji,
  • sebagai buku cerita(kisah benar) supaya kita boleh ambil pengajaran darinya dan banyak lagi.
Saya yakin ramai dalam kalangan kita yang memang tahu membaca Al-Quran walaupun tidak memahaminya dan percaya tak kalau saya katakan ajaibnya Al-Quran ni sebab ia satu-satunya 'buku' yang orang mampu baca berulang kali (khatam) walaupun tidak memahaminya ayat-ayatnya dengan jelas. Itulah antara kelebihan Al-Quran walaupun tidak difahami tapi tetap memberi ketenangan kepada pembacanya. Tapi tak best la kan baca (khatam) berpuluh-puluh kali tapi tetap tidak dapat mengambil pengajaran darinya kan?

So, macamana kita nak menghayati dan mengambil pelajaran dari Al-Quran kalau kita tak belajar tafsir macam ustaz-ustazah di luar sana?

Caranya adalah Tadabbur.

Kalau Tafsir ya kita perlu berguru dan perlu merujuk kepada ustaz-ustazah sebelum memberikan ulasan, namun berbeza dengan Tadabbur iaitu cukuplah kita sahaja memahami dasar firman Allah untuk diambil inspirasi dan pengajaran hidup. Tapi tidak dinafikan mempelajari tafsir mampu menjadikan sesi tadabbur lebih bermakna. Jadi, teruskan belajar!

Allah tahu hamba-hambaNya seperti apa dan Allah tahu bukan semua dikalangan kita adalah hafiz mahupun hafizah jadi Allah dah mudahkan kebanyakkan ayat-ayatNya untuk mudah difahami sebagaimana firmanNya.



Tadabbur bermaksud memahami firman Allah untuk diambil inspirasi dan pengajaran hidup. Hukumnya pula fardu ain bermakna setiap daripada kita wajib mentadabbur ayat-ayat Allah untuk diambil pelajaran dariNya. Orang yang boleh mentadabbur adalah setiap mukmin dan cukup dengan kita mengetahui maksud ayat yang zahir sama ada secara terus bagi yang mengetahu bahasa arab atau merujuk terjemahan ayatnya bagi yang tidak (kebanyakkan kita lah tu kan).

Tak faham?

Ok, jom saya bagi contoh cara tadabbur ye. Ok buka Al-Quran terjemahan surah Al-Isra' ayat 23: 

Tadabbur: Ayat ini jelas peringatan dari Allah kepada kita supaya berbuat baik kepada ibu bapa dan jangan melukakan hati mereka walaupun sekadar berkata 'ah'. Ambil iktibar daripada ayat ini untuk kita sentiasa berbuat baik kepada orang tua kita, sentiasa menyenangkan hati mereka, sentiasa mendoakan mereka, sentiasa memikirkan dan menghargai segala pengorbanan mereka dalam membesarkan kita. Berusaha untuk tidak menyakiti hati mereka dan jika ada segera meminta maaf. Kita bayangkan wajah ibubapa kita saat kita tadabbur ayat ini.

Beginilah tadabbur iaitu kita hayati dan kita bertindak mengikut perintah Allah SWT. Al-Quran itu cahaya dan cahaya inilah yang kita perlukan untuk menghidupkan hati kita. Andai kita tidak mula mengenal Al-Quran bagaimana cahaya ini boleh membantu memberi suluhan sepanjang perjalanan menuju Allah? Kita nak kenal Allah mesti melalui Al-Quran.

Jadi jom kita tadabbur! =)

Wallahu'alam.


Comments

Popular Posts