Kematian Yang Diangkat

14 Ramadan 1440

Bismillahirrahmanirrahim

Ramadan kali ini benar-benar terasa seperti dijentik oleh Allah dengan perkhabaran kematian orang-orang yang hebat Attachment.png.

Kematian yang membuka mataku dengan kebaikan-kebaikan hambaNya.
Jika selama ini kita memandang mereka ‘biasa-biasa’ sahaja namun dengan pemergian mereka Allah mengangkat darjat mereka dengan segala kebaikan dan kemurahan hati mereka menjadi siulan dalam kalangan manusia yang lain.

Allahuakbar!

Sungguh hebat mendapat pengiktirafan daripadaMu.

Ia benar-benar menjentik nurani ku kerana hakikat dunia hari ini kita mudah terpedaya dengan apa yang menjadi paparan media sosial. Betapa kurangnya sifat husnuzhon dalam diri kita terhadap orang lain dan betapa banyaknya kita bersangka-sangka yang buruk terhadap orang lain. Kita makin didiami penyakit ‘aku lebih baik darimu’ sehingga setiap perbuatannya kita nampak yang salah sahaja. Ya, kita perlu ada sifat berjaga-jaga tapi simpanlah segala andaian-andaian itu pada diri kita sahaja selagi tak terbukti salah.

Siapa sangka pemergian pengasas produk kosmetik yang biasanya kita kaitkan dengan hidup mewah, glamour, rumah besar, kereta mahal namun akhirnya yang diangkat adalah sifat dermawan dan murah hatinya. MashaAllah. Rata-rata post dan komen semua membongkarkan kebaikan arwah. Mereka tidak dibayar untuk bercerita dan berkongsi. Tiada langsung yang menyebut tentang hartanya membuktikan di akhir hidup kita yang penting kebajikan dan sumbangan kita kepada keluarga dan masyarakat yang dipandang manusia. 

Ini apatah lagi pandangan Allah Azza Wa Jalla. SubhanaAllah😭

Agaknya siapa kita disaat kematian?


#ibrah #kematian

Comments

Popular Posts